matang tidak ada kaitan dengan usia.






disebabkan aku merupakan mashimaro yang comel, maka umo aku maintain 6 tahun. muehehehe. naper? tak puas hati? nak cari gado? gado takde kat sini. yang ada cuma mashimaro yang comel sahaja. keh keh keh~

baiklah... sebenarnya aku cuma ingin mengungkapkan, betapa kematangan itu terbentuk hasil daripada proses pemikiran yang kompleks. selepas melakukan proses berfikir, menganalisa, satu demi satu peristiwa, ataupun kes, maka ia akan membentuk satu persepsi secara keseluruhan tentang kehidupan. individu yang matang berfikiran jauh, dan juga tidak terbatas dengan halangan-halangan yang ada dan menganggapnya sebagai satu proses kehidupan.


individu yang matang terkawal emosi, perasaan dan banyak memikirkan kesan jangkamasa panjang. lantaran itu, mereka biasanya jarang berbicara, banyak memerhati dan mendengar sambil berfikir tentang solusi terbaik dalam sesuatu situasi.




jadi kalo sesiapa yang kuat menangis, kuat marah... kuat emo la.... senang kata, kan?

anda belum matang lagi... okeh?

jom main tarik2 tinger aku.... kenapa? sebab aku comel.

muehehehe... (ketuk kepala dengan pen).

1 comments:

Unknown said...

*proses kematangan minda meme m'gincangkan jiwe