berteka-teki tentang jodoh.








kita bukan nikah dengan orang yang paling kita cinta,

bukan juga nikah dengan orang yang selalu kita bergantung dengannya,

bukan nikah dengan yang setia menjadi sahabat dan membantu semasa susah,

apatah lagi superhero mahupun supermodel,

mungkin juga ada yang berangan stok2 penceramah agama ataupun yang aktif di universiti, kolej, persatuan belia..... parti politik mungkin? hahaha.

kita nikah nanti dengan yang telah Allah s.w.t tetapkan dengan kita.

dia jodoh kita.

dia seorang manusia biasa seperti kita, yang pernah pergi sekolah, menjadi pembuli atau dibuli.

yang ambik SPM, resultnyer entah2 tak sebaik kita, atau lagi terer.

mungkin jugak dia dulu kaki gengster kat sekolah.

oh... dia tak sambung belajar sampai degree.

keje biasa2 je.

eh.. tak.. tak... dia ni hebat, berjawatan besar, dan pernah bernikah, anak 5.

ehek~

walau siapa pun dia. dia adalah jodoh terbaik untuk kita.

mungkin dia suka lambat bangun pagi, tak gosok gigi terus minum milo suam.

mungkin dia suka korek idung sebab resdung. sian dia.

mungkin jugak dia kalo tido buas sangat sampai orang takut tido kat sebelah dia.

mungkin dia pemarah.

ataupun dia penangeh.

dan ingatlah~~~~

seperti kita, dia juga ada sejarah. ada kisah silam. pernah di sayangi, dimusuhi, dikhianati, dicintai. dan dia juga ada ketakutan, kerisauan, kebencian, dan traumanya. sama seperti kita.

jadi pandanglah mata pasangan anda... suami/isteri anda...

itulah anugerahNya yang berharga dalam hidup anda.

ucapkan alhamdulillah. dengannya nanti anda meniti hidup dunia bersama dengan zuriat dalam mencari redha dan cintaNya.




0 comments: