menggapai impian







ingin aku menyanyi, tetapi suaraku tidak semerdu suara mereka. 

ingin aku membuat persembahan di pentas lakonan, tetapi gayaku tidak menepati kehendak semua.

ku lontarkan idea demi idea mengenai sesuatu perkara, tetapi tiada sokongan yang diberikan dan ditolak sahaja.

adakah impianku untuk dikagumi?

adakah impianku ingin dipuja?

adakah impianku ingin menakluki semua?

tersaat melihat kelebihan yang lainnya, rasa cemburu semakin menebal di dalam jiwa. lantaran merasakan banyak kelebihan dan kebolehanku ditekan, diperosok ke dalam dan tidak diberi perhatian. 

mungkin juga ada yang sering mengambil kesempatan di saat hati ini memberikan rasa percaya. ataupun mempergunakan untuk kepentingan mereka. dan terus kekal mencapai impian mereka tanpa memberikan penghargaan apa2?

ah... penghargaan juga yang aku dambakan.

sesungguhnya perhatian manusia ini memang membuatkan aku lemas. tetapi itu juga yang aku gilakan.

aneh... aneh....

dan terus... terus menaip kembali di ruang warkah maya. duduk tak beridentiti. menyanyi, berlakon, dan bersuara tentang rasa, tentang isi hati.

yang hanya akan meneliti kehidupan ini cuma Dia. yang Maha Pencipta. namun seringkali dunia ini terus membuat aku leka.

dalam usaha mencapai impian, pelbagai dugaan dan cabaran terbentang di hadapan. ada hikmahnya kenapa sesuatu yang aku impikan itu seolah terhalang daripada ia ditonjolkan.

Allah s.w.t. itu tidak pernah zalim dan kejam kepada hambaNya.

Allah s.w.t itu Maha Mengerti atas setiap takdir yang diberikan kepada hambaNya.

semua yang Dia berikan penuh hikmah dan cintaNya yang Maha Agung.

mengejar sebuah impian.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments: